Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan Kejohanan Futsal dan Bola Jaring IPT Peringkat Zon Timur 2015. Kejohanan ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Pusat Ko-Kurikulum UMK telah diadakan pada 17-19 April 2015 di dua venue iaitu KB Arena Futsal Padang Tembak, Pengkalan Chepa dan Gelanggang Bola Jaring Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Kelantan di Panji, Kota Bharu.
Antara objektif utama penganjuran ini adalah memberi ruang kepada semua IPT Zon Timur untuk menyertai kejohanan ini bersaing antara satu sama lain dalam membangunkan sukan Futsal dan Bola Jaring disamping memberikan satu platform untuk atlet masing-masing menyumbangkan kemampuan melalui kejohanan ini.
Kejohanan ini melibatkan IPT Zon Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagi acara Futsal telah disertai oleh sebanyak 16 pasukan antaranya Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Bharu, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, Kolej Komuniti Besut, Kolej Komuniti Pasir Mas, Politeknik Pahang, Politeknik Kota Bharu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit Terengganu, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan Cosmopoint Kota Bharu.
Manakala untuk acara Bola Jaring telah disertai oleh 10 pasukan iaitu UNISZA, UiTM Kota Bharu, KPTM Kota Bharu, Kolej Komuniti Besut, Kolej Komuniti Pasir Mas, Politeknik Pahang, Politeknik Kota Bharu, Universiti Malaya (UM) Nilam Puri dan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (USMKK).
Bagi saingan acara Futsal, UMK telah berjaya mendapat tempat keempat dan bagi acara Bola Jaring pula UMK telah menduduki tempat ketiga. Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Mohammad Nizamuddin bin Abdul Rahim, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UMK.
Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut :
