Bahagian Sukan, Pusat Ko-Kurikulum, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UMK telah menganjurkan Karnival Sukan Mahasiswa (KRiSMA) 2015. Karnival ini melibatkan tiga (3) fasa dan telah melibatkan ketiga-tiga kampus UMK iaitu Kota, Jeli dan Bachok
Penganjuran terbaru adalah Karnival Fasa 3 iaitu 19-21 November 2015 yang merupakan acara kemuncak bagi KRiSMA 2015 bagi penentuan Juara Keseluruhan di antara 5 Fakulti yang bertanding. Secara keseluruhanya sebanyak 14 acara sukan telah dipertandingan (termasuk 5 acara pada Fasa 3)
Berikut adalah acara yang dipertandingkan mengikut tempat dan tarikh :
FASA 1 : Bola Jaring Pantai, Bola Tampar Pantai, Sepak Takraw Pantai, Bola Sepak Pantai, Tenis Individu dan Catur Berpasukan (L & W)
Tempat : UMK Kampus Bachok
Tarikh : 27 & 28 Mac 2015
FASA 2 : Bola Sepak, Bola Keranjang (L & W), Sepak Takraw, Bola Tampar (L & W)
Tempat : UMK Kampus Jeli
Tarikh : 22 & 23 Mei 2015
FASA 3 : Futsal, Badminton Campuran, Ping Pong Individu (L & W), Bola Jaring dan Squasy Individu (L& W)
Tempat : UMK Kampus Kota
Tarikh : 19 & 21 November 2015
Program usahasama : Malam Kebudayaan Sempena KRiSMA 2015 di dataran Kolej Kediaman UMK Kampus Kota pada 20 November 2015
Pada Karnival kali ini FKP telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan (179 mata), Naib Juara FIAT (113 mata), Ketiga FSB (95 mata), Keempat FTKW (80 mata) dan Kelima FPV (39 mata). Kesemua pelajar yang terlibat telah menunjukkan kesungguhan, semangat serta komitmen yang tinggi dalam setiap acara yang disertai.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof. Abdul Aziz bin Ab. Latif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Pada majlis penutup tersebut, beliau telah menyatakan bahawa KRiSMA ini merupakan platform terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili UMK ke peringkat yang lebih tinggi iaitu SUKIPT, MASUM dan AUG.
KRiSMA ini juga merupakan penyatuan kepada pelajar-pelajar UMK khususnya ketiga-ketiga kampus untuk bersama dalam setiap program seumpama ini katanya lagi.
Turut hadir pada program ini ialah Encik Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib selaku ketua bagi Sekretariat Karnival pada kali ini dan juga wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMK Saudari Nor Afifah.
Alhamdulillah Karnival ini telah dapat diadakan di semua Kampus UMK dan mendapat sambutan yang amat baik selaras dengan hasrat dan matlamat Universiti iaitu penglibatkan pelajar dalam sukan di peringkat UA/IPT.
Pihak Bahagian Sukan, Pusat Ko-Kuriklum, PHEP mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu PHEK, PPIP, Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar, Pusat Kesihatan Universiti dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Karnival Sukan Mahasiswa 2015 ini.


