LATAR BELAKANG
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Malaysia Kelantan merupakan salah satu jabatan terpenting dalam pentadbiran universiti dan di ketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Peranan yang dimainkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar ialah bertanggungjawab dan memberi perkhidmatan, kebajikan, pembangunan dan sahsiah pelajar serta berusaha mewujudkan suasana kondusif dan selesa bagi pembelajaran dan kehidupan kampus.
Jabatan ini terlibat secara langsung dalam menguruskan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman/biasiswa, kebajikan, kesihatan, pertubuhan kelab dan persatuan pelajar, tata tertib pelajar, kewangan, sukan dan rekreasi, kebudayaan, penginapan pelajar serta pembangunan pelajar. Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab ini, beberapa bahagian/unit telah ditubuhkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang beroperasi untuk mengurus dan mengendali pelbagai program secara berterusan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Bahagian/Unit tersebut adalah seperti berikut :
Pusat & KO-Kurikulum
- Bahagian Sukan
- Bahagian Pentadbiran Pusat Ko-Kurikulum/Kursus Ko-Kurikulum Berkredit
- Bahagian Kebudayaan
FUNGSI SUKAN
